Finalis Piala FA, Kelantan membuktikan betapa mereka berada
di kelas tersendiri apabila bersahaja menjinakkan pendahulu Liga Super, Lions
XII, 3-0 di laman sendiri sebentar tadi.
Menariknya, tiada seorang pun dari 10 pemain tempatan di atas padang - baik Awe mahupun Chanturu, baik Shakir mahupun Badri Razi, baik Norsharul mahupun Norfarhan, baik S.Subramaniam, Farisham Ismail mahupun Rizal Fahmi layak untuk dipanggil ke kem kebangsaan (kalau dipanggil pun duduk di bench sahaja), namun mereka berupaya menjinakkan lawan yang skuad Rajagobal tercungap-cungap untuk tundukkan (walaupun ini bukan full skuad Singapura).
Nyata, reputasi Lions selaku pendahulu liga dengan kelebihan
5 mata sebelum sepak mula perlawanan bukanlah sesuatu yang bisa menggentarkan
pahlawan The Red Warriors yang mengajar anak buah V.Sundramoorthy erti
bolasepak sebenar dengan memperaga aksi bolasepak menghiburkan sekaligus
menghadiahkan kekalahan ketiga keempat dan terbesar musim ini buat pasukan dari negara
jiran itu.
Tiga gol cantik, satu masing-masing jaringan S.Chanturu,
Norfarhan Mohd dan pemain pertahanan, Rizal Fahmi Rosid sudah cukup untuk Kelantan
berpesta malam ini, seterusnya mengurangkan defisit mata kepada hanya dua,
selain memiliki kelebihan tiga perlawanan dalam tangan.
foto :shazlishamsuddin |
Dikenali sebagai pasukan yang cukup ampuh di barisan
pertahanan, Lions sebenarnya terjerat dengan taktikal yang memakan diri apabila
tersilap menduga akan kekuatan jentera serangan skuad Kelantan yang turun tanpa
kelibat Mahmoud Ghaddar – sebaliknya empat serangkai di barisan depan diketuai
Norsharul Idlan dan Norfarhan, dibantu aksi lincah Nurul Azwan dan Chanturu
bergilir mengucar-kacirkan pertahanan mereka.
Gol Chanturu pastinya layak dinobat antara yang tercantik
dalam saingan liga musim ini, sepakan akrobatik selepas menerima hantaran
lambung Norsharul, manakala Norfarhan dengan sentuhan penyudah tenang sekaligus
menambah pening kepala Bojan Hodak di dalam mencatur kesebelasan terbaik untuk
perlawanan akan datang. Rembatan bak peluru Rizal, pastinya mengingatkan kita
kepada pemain dengan gelaran ‘Keto Keba’ Kelantan suatu masa dahulu, Roslisham
Mohd Nor (juga no.17).
Menariknya, tiada seorang pun dari 10 pemain tempatan di atas padang - baik Awe mahupun Chanturu, baik Shakir mahupun Badri Razi, baik Norsharul mahupun Norfarhan, baik S.Subramaniam, Farisham Ismail mahupun Rizal Fahmi layak untuk dipanggil ke kem kebangsaan (kalau dipanggil pun duduk di bench sahaja), namun mereka berupaya menjinakkan lawan yang skuad Rajagobal tercungap-cungap untuk tundukkan (walaupun ini bukan full skuad Singapura).
Kredit buat Bojan yang mana bertindak bijak menyusun line-up
serba menjadi dengan taktikal menyerang yang sebenarnya hampir membuahkan hasil
seawal minit keempat menerusi sepakan penalti yang gagal disempurnakan
Norsharul – malah rindu peminat TRW untuk menyaksikan kelibat penyerang
kesayangan mereka 7 tahun lalu, Azlan Ismail juga terubat apabila pemain itu
akhirnya mempamer aksi pada minit akhir permainan.
Apapun, skorline mungkin berbeza jika tidak kerana
ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan, sekaligus membuktikan
kredibilitinya selaku penjaga gol nombor satu negara. Khairul Fahmi atau Apek,
menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 percubaan on target lawan, dan meyakinkan
ramai betapa dia sudah kembali ke kemuncak prestasi selepas sekian lama
tersisih akibat kecederaan.
Kelantan bagaimanapun pastinya sedar dengan aksi konsisten
yang ditunjukkan ketika ini, harapan peminat bukan sahaja tertumpu di dalam
misi mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan baki 11 perlawanan untuk
diharungi, tetapi juga misi penting menjulang Piala FA dalam percubaan ketiga
mereka dalam tempoh empat tahun – selepas gagal pada 2009 dan 2011.
Tatkala lawan yang menanti di final – Sime Darby – boleh dilabel
sebagai underdog, Bojan pastinya tidak mahu tersilap menduga kekuatan skuad
Giant Killer dari Liga Perdana itu, dan apa yang dituntut pastinya aksi
bertenaga dari kesemua pemain, dalam usaha mereka mencatat sejarah baru
bolasepak tanah air, sekaligus membuktikan betapa anasir-anasir luar tidak sedikitpun
mengugat fenomena bolasepak di Kelantan.
Note: (Kredit http://suarasukan1mas.blogspot.com/2012/05/kelantan-ajar-sang-singa-erti-bolasepak.html)
Note: (Kredit http://suarasukan1mas.blogspot.com/2012/05/kelantan-ajar-sang-singa-erti-bolasepak.html)
No comments:
Post a Comment