Jom Skodeng

Followers

Tuesday, May 22, 2012

LATIHAN MENEMBAK

Pada 22 Mei 12, aku telah pergi latihan menembak anjuran Mk TL. Pergerakan ke Lapang Sasar Sg Besi dengan motor je. Dari rumah jam 07.00 pagi. Lebih kurang pukul 8.00 pagi sampai sana. Jalan tak jem, tapi pelan-pelan bawa menikmati suasana di pagi hari di Kuala Lumpur.

Sunday, May 20, 2012

SOLAT DUA RAKAAT SEBELUM MAGHRIB

Maghrib tiada sunat 'qabliah' sama ada rawatib atau pun muakad.
"Ibnu Umar dan lain-lain meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa sembahyang sunat muakad ada 10 rakaat: dua rakaat sebelum Subuh, dua rakaat sebelum dan selepas Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib dan dua rakaat lagi selepas Isyak." (Mutafaq alaih)
Inilah solat sunat rawatib yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. Ia dikira sebagai sunat muakad, bagitu juga dengan witir. Sesetengah hadis menyebutkan boleh menggandakan dua rakaat kepada empat.
Sunat-Sunat itu perlu dijaga oleh setiap muslim dan tidak mencuaikannya. Ini kerana ia dianggap pelengkap kepada fardhu dan pengganti kepada segala kekurangan dan kecacatan yang berlaku. Juga sebagai satu kekayaannya pada hari kiamat dan akan mendapat balasan daripada Allah.
Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Di antara dua azan ada dua solat" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan daripada Abdullah bin Maghful).
Oleh yang demikian, disunatkan sembahyang dua rakaat selepas azan dan sebelum qamat. Apabila ada yang mengerjakannya dalam waktu Maghrib tidak mengapa seperti juga orang yang memasuki masjid, sunat baginya sembahyang (tahiyat) dua rakaat.
Akan tetapi jika menjadi kebiasaan seorang imam segera sembahyang selepas azan, tidak memberi ruang untuk mengerjakan sembahyang sunat, maka memadailah sembahyang fardhu itu demi sunat tahiyat masjid.
Sunat tahiyat masjid tidak dituntut kecuali apabila seseorang itu memasuki masjid dan berpeluang mengerjakannya sebelum qamat. Daripada terus duduk, lebih baik dia bersembahyang dua rakaat. Jika dia masuk masjid dan didapati imam sedang bersembahyang , hendaklah dia terus mengikut imam itu.
Dalam hal ini, sembahyang fardhu dikira sebagai pengganti sunat tahiyat masjid. Bagi orang yang memasuki masjid, dua rakaat ini dikira sebagai sembahyang penghormatan kepada masjid (tahiyat). Bagi orang yang duduk di dalam masjid kemudian berdiri untuk sembahyang, ia juga dianggap sunat.
Seseorang Imam tidak harus salah melazimi sembahyang sunat tahiyat ini. Sebaliknya dia hendaklah mengerjakan dan meninggalkannya sekali-sekala kerana ia tidak disyarakkan menjadi sesuatu yang diamalkan selalu hingga sesetengah orang akan menganggapnya tidak lagi sunat muakad. Lebih-lebih lagi imam tersebut alim.
Para ulama yang muktabar menyokong pendapat supaya imam meninggalkan sembahyang sunat ini sekali-sekala kerana khuatir orang akan mengatakannya wajib. Bahkan mereka berpendapat harus meninggalkan sunat muakad sekali-sekala untuk tujuan yang sama. Imam Malik, dalam hal sembahyang Subuh pada hari Jumaat mengharuskan Imam tidak membaca surah Sajdah sekali-sekala agar orang ramai tidak menganggapnya wajib membacanya. 
Di sesetengah negara, Ramai orang menyangka bacaan surah Sajdah dan sujud adalah wajib pada hari Jumaat hingga mereka berkata bahawa sembahyang subuh pada hari Jumaat ada satu rakaat yang mempunyai tiga sujud, dan mereka menganggap sujud itu wajib dilakukan pada tiap-tiap hari Jumaat. Mereka menentang imam yang berpendapat sebaliknya dan menghukumnya tidak sah Subuh tanpa sujud tersebut.
Justeru itu, Imam Malik dan lain-lain mengahruskan Imam yang diikuti (sembahyang dan ibadahnya) meninggalkan sesetengah perkara yang harus sekali-sekala supaya orang ramai tahu hukum sebenarnya, begitu juga dengan sunat rawatib agar mereka tahu ia tidak wajib. Jika ada sesetengah makmum yang enggan mengerjakan sembahyang dua rakaat selepas azan maghrib dan sebelum qamat kerana tergesa-gesa atau sibuk, Imam tidak haru menyalahkan mereka. Apabila mereka hendak mengerjakannya, dia harus menyetujui mereka, kerana apa yang difardhukan ialah yang sedikit mengikut majoriti.
Oleh itu tidak harus perkara ini menjadi perselisihan di masjid kerana masjid bukanlah tempat untuk perkara sebegini, bahkan berjemaah diadakan untuk menjinakkan hati, mengenali satu sama lain, bersalam-salaman, berkasih sayang serta saling membantu kerana kebaikan dan takwa.
Semua ini adalah tujuan-tujuan utama mengapa disyariatkan berjemaah di dalam Islam.

KAMI JUARA PIALA FA

Berbagai-bagai provokasi yang dibuat oleh kedua-dua pasukan iaitu Sime darby dan juga Kelantan menjelang pertemuan di antara pasukan Kelab dan Negeri. Aku sebagai penyokong SETIA Kelantan semestinya menyokong pasukan yang digelar THE RED WARIOR (TRW) atau PAHLAWAN MERAH. Apa yang dapat dilihat di dalam akbar dan media massa pasukan kendalian Ismail Zakaria cukup konpidem untuk mengalahkan Kelantan walaupun pasukan tersebut baru setahun jangung atau kali pertama masuk FINAL dah riuh satu kampung. Mereka sepatutnya di dunia yang nyata dan sedar diri. Pasukan sekuat Kelantan dalam masa empat tahun dah tiga kali masuk final...kali pertama kalah kepada Selangor menerusi sepakan Penalti 4-1 pada tahun 2009. Kali kedua kalah kepada Terengganu 2-1 tahun 2011. Tahun 2012 adalah tahun Kejuaraan untuk TRW. Takkan baru sekali layak ke Final terus nak dakap Piala. Sedarlah wahai pasukan dan penyokong Sime Darby.

Menjelang Final FA Cup pada 19 Mei 2012 aku pun tidak melepaskan peluang menonton secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku bertolak dari rumah pada jam 5.15petang dengan motor je. Elakkan kesesakan lalulintas. Sampai je sana terus Park motor di depan pintu masuk Utama. Cari abang Ipar dan geng-geng. Masuk ikut pintu kuning. Awal giler masuk untuk mencari tempat terbaik untuk lepak. Tapi sekali tengok semua tempat 70% penuh. Memang semangat penyokong TRW ni...dengar kata dari jam 4.00 petang dah masuk dan booking tempat duduk. huh nasib baik aku dan geng-geng dapat tempat duduk di tingkat 3 bucu tiang gol berdekatan dengan skrin besar.

Keputusan perlawanan adalah Sime Darby 0 - 1 Kelantan (M.Ghaddar minit 58-penalti). Tahniah pasukan TRW.

Ni gambar aku menyaport TRW....

 Tiket Final Berharga RM40.00
 Siap Sedia Untuk Berperang
 Abang Ipar Bersemangat
 Meriahkan
 Menunggu sepak Mula

 Ultra Mania Menaikan Wau Bulan
 Menunggu Pemain


 Pemain Terbaik Sime Darby Es Rizuan (Kpt)

 Bersorak Gool
 Banner Comel Kan
 Semangat Kan...Sempoi
 Adik dan Adik Ipar
 Geng Sorak
 Semmmpoiii

Monday, May 14, 2012

KELANTAN AJAR SANG SINGA ERTI BOLASEPAK SEBENAR


Finalis Piala FA, Kelantan membuktikan betapa mereka berada di kelas tersendiri apabila bersahaja menjinakkan pendahulu Liga Super, Lions XII, 3-0 di laman sendiri sebentar tadi.
Nyata, reputasi Lions selaku pendahulu liga dengan kelebihan 5 mata sebelum sepak mula perlawanan bukanlah sesuatu yang bisa menggentarkan pahlawan The Red Warriors yang mengajar anak buah V.Sundramoorthy erti bolasepak sebenar dengan memperaga aksi bolasepak menghiburkan sekaligus menghadiahkan kekalahan ketiga keempat dan terbesar musim ini buat pasukan dari negara jiran itu.
Tiga gol cantik, satu masing-masing jaringan S.Chanturu, Norfarhan Mohd dan pemain pertahanan, Rizal Fahmi Rosid sudah cukup untuk Kelantan berpesta malam ini, seterusnya mengurangkan defisit mata kepada hanya dua, selain memiliki kelebihan tiga perlawanan dalam tangan.
foto :shazlishamsuddin
Dikenali sebagai pasukan yang cukup ampuh di barisan pertahanan, Lions sebenarnya terjerat dengan taktikal yang memakan diri apabila tersilap menduga akan kekuatan jentera serangan skuad Kelantan yang turun tanpa kelibat Mahmoud Ghaddar – sebaliknya empat serangkai di barisan depan diketuai Norsharul Idlan dan Norfarhan, dibantu aksi lincah Nurul Azwan dan Chanturu bergilir mengucar-kacirkan pertahanan mereka.
Gol Chanturu pastinya layak dinobat antara yang tercantik dalam saingan liga musim ini, sepakan akrobatik selepas menerima hantaran lambung Norsharul, manakala Norfarhan dengan sentuhan penyudah tenang sekaligus menambah pening kepala Bojan Hodak di dalam mencatur kesebelasan terbaik untuk perlawanan akan datang. Rembatan bak peluru Rizal, pastinya mengingatkan kita kepada pemain dengan gelaran ‘Keto Keba’ Kelantan suatu masa dahulu, Roslisham Mohd Nor (juga no.17).

Menariknya, tiada seorang pun dari 10 pemain tempatan di atas padang - baik Awe mahupun Chanturu, baik Shakir mahupun Badri Razi, baik Norsharul mahupun Norfarhan, baik S.Subramaniam, Farisham Ismail  mahupun Rizal Fahmi layak untuk dipanggil ke kem kebangsaan (kalau dipanggil pun duduk di bench sahaja), namun mereka berupaya menjinakkan lawan yang skuad Rajagobal tercungap-cungap untuk tundukkan (walaupun ini bukan full skuad Singapura).
Kredit buat Bojan yang mana bertindak bijak menyusun line-up serba menjadi dengan taktikal menyerang yang sebenarnya hampir membuahkan hasil seawal minit keempat menerusi sepakan penalti yang gagal disempurnakan Norsharul – malah rindu peminat TRW untuk menyaksikan kelibat penyerang kesayangan mereka 7 tahun lalu, Azlan Ismail juga terubat apabila pemain itu akhirnya mempamer aksi pada minit akhir permainan.
Apapun, skorline mungkin berbeza jika tidak kerana ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan, sekaligus membuktikan kredibilitinya selaku penjaga gol nombor satu negara. Khairul Fahmi atau Apek, menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 percubaan on target lawan, dan meyakinkan ramai betapa dia sudah kembali ke kemuncak prestasi selepas sekian lama tersisih akibat kecederaan.
Kelantan bagaimanapun pastinya sedar dengan aksi konsisten yang ditunjukkan ketika ini, harapan peminat bukan sahaja tertumpu di dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan baki 11 perlawanan untuk diharungi, tetapi juga misi penting menjulang Piala FA dalam percubaan ketiga mereka dalam tempoh empat tahun – selepas gagal pada 2009 dan 2011.
Tatkala lawan yang menanti di final – Sime Darby – boleh dilabel sebagai underdog, Bojan pastinya tidak mahu tersilap menduga kekuatan skuad Giant Killer dari Liga Perdana itu, dan apa yang dituntut pastinya aksi bertenaga dari kesemua pemain, dalam usaha mereka mencatat sejarah baru bolasepak tanah air, sekaligus membuktikan betapa anasir-anasir luar tidak sedikitpun mengugat fenomena bolasepak di Kelantan.

Note: (Kredit http://suarasukan1mas.blogspot.com/2012/05/kelantan-ajar-sang-singa-erti-bolasepak.html)

Wednesday, May 2, 2012

Kelantan melangkah ke Final FA Cup

KELANTAN mara ke final Piala FA buat musim kedua berturut-turut memburu kejuaraan sulung selepas mengikat Kedah 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi, untuk mara menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Dengan kedua-dua pasukan turut terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu, 21 April lalu, kebangkitan Kelantan menjaringkan dua gol pada babak kedua selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama berjaya mengikat agregat 3-3.
Stadium Darulaman yang dipenuhi 30,000 penyokong tuan rumah bergema pada minit ke-30 apabila Khyril Muhymeen Zambri berjaya menjaringkan gol pertama Kedah selepas menguis masuk rembatan Baddrol Bakhtiar, sekali gus mengelirukan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu terus berkedudukan selesa melangkah ke final selepas Khyril sekali lagi mudah menyudahkan lorongan Fazliata Taib untuk gol kedua Kedah pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, jaringan pertama Kelantan seawal minit ke-46 menerusi tandukan Obinna Nwaneri hasil sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin menghidupkan semula semangat anak-anak buah Bojan Hodak.

Kelantan akhirnya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-59 selepas Mohammed Ghaddar bijak memanfaatkan kelekaan barisan pertahanan Kedah dengan melepaskan sepakan kaki kiri menewaskan Helmi Eliza Elias.Kredit http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KelantantuaituahdiAlorSetar/Article.
Twitter Bird Gadget