Maghrib tiada sunat 'qabliah' sama ada rawatib atau pun muakad.
"Ibnu
Umar dan lain-lain meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa sembahyang
sunat muakad ada 10 rakaat: dua rakaat sebelum Subuh, dua rakaat sebelum
dan selepas Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib dan dua rakaat lagi
selepas Isyak." (Mutafaq alaih)
Inilah
solat sunat rawatib yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. Ia dikira sebagai
sunat muakad, bagitu juga dengan witir. Sesetengah hadis menyebutkan
boleh menggandakan dua rakaat kepada empat.
Sunat-Sunat
itu perlu dijaga oleh setiap muslim dan tidak mencuaikannya. Ini kerana
ia dianggap pelengkap kepada fardhu dan pengganti kepada segala
kekurangan dan kecacatan yang berlaku. Juga sebagai satu kekayaannya
pada hari kiamat dan akan mendapat balasan daripada Allah.
Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Di antara dua azan ada dua solat" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan daripada Abdullah bin Maghful).
Oleh
yang demikian, disunatkan sembahyang dua rakaat selepas azan dan
sebelum qamat. Apabila ada yang mengerjakannya dalam waktu Maghrib tidak
mengapa seperti juga orang yang memasuki masjid, sunat baginya
sembahyang (tahiyat) dua rakaat.
Akan
tetapi jika menjadi kebiasaan seorang imam segera sembahyang selepas
azan, tidak memberi ruang untuk mengerjakan sembahyang sunat, maka
memadailah sembahyang fardhu itu demi sunat tahiyat masjid.
Sunat
tahiyat masjid tidak dituntut kecuali apabila seseorang itu memasuki
masjid dan berpeluang mengerjakannya sebelum qamat. Daripada terus
duduk, lebih baik dia bersembahyang dua rakaat. Jika dia masuk masjid
dan didapati imam sedang bersembahyang , hendaklah dia terus mengikut
imam itu.
Dalam
hal ini, sembahyang fardhu dikira sebagai pengganti sunat tahiyat
masjid. Bagi orang yang memasuki masjid, dua rakaat ini dikira sebagai
sembahyang penghormatan kepada masjid (tahiyat). Bagi orang yang duduk
di dalam masjid kemudian berdiri untuk sembahyang, ia juga dianggap
sunat.
Seseorang
Imam tidak harus salah melazimi sembahyang sunat tahiyat ini.
Sebaliknya dia hendaklah mengerjakan dan meninggalkannya sekali-sekala
kerana ia tidak disyarakkan menjadi sesuatu yang diamalkan selalu hingga
sesetengah orang akan menganggapnya tidak lagi sunat muakad.
Lebih-lebih lagi imam tersebut alim.
Para
ulama yang muktabar menyokong pendapat supaya imam meninggalkan
sembahyang sunat ini sekali-sekala kerana khuatir orang akan
mengatakannya wajib. Bahkan mereka berpendapat harus meninggalkan sunat
muakad sekali-sekala untuk tujuan yang sama. Imam Malik, dalam hal
sembahyang Subuh pada hari Jumaat mengharuskan Imam tidak membaca surah
Sajdah sekali-sekala agar orang ramai tidak menganggapnya wajib
membacanya.
Di
sesetengah negara, Ramai orang menyangka bacaan surah Sajdah dan sujud
adalah wajib pada hari Jumaat hingga mereka berkata bahawa sembahyang
subuh pada hari Jumaat ada satu rakaat yang mempunyai tiga sujud, dan
mereka menganggap sujud itu wajib dilakukan pada tiap-tiap hari Jumaat.
Mereka menentang imam yang berpendapat sebaliknya dan menghukumnya tidak
sah Subuh tanpa sujud tersebut.
Justeru
itu, Imam Malik dan lain-lain mengahruskan Imam yang diikuti
(sembahyang dan ibadahnya) meninggalkan sesetengah perkara yang harus
sekali-sekala supaya orang ramai tahu hukum sebenarnya, begitu juga
dengan sunat rawatib agar mereka tahu ia tidak wajib. Jika ada
sesetengah makmum yang enggan mengerjakan sembahyang dua rakaat selepas
azan maghrib dan sebelum qamat kerana tergesa-gesa atau sibuk, Imam
tidak haru menyalahkan mereka. Apabila mereka hendak mengerjakannya, dia
harus menyetujui mereka, kerana apa yang difardhukan ialah yang sedikit
mengikut majoriti.
Oleh
itu tidak harus perkara ini menjadi perselisihan di masjid kerana
masjid bukanlah tempat untuk perkara sebegini, bahkan berjemaah diadakan
untuk menjinakkan hati, mengenali satu sama lain, bersalam-salaman,
berkasih sayang serta saling membantu kerana kebaikan dan takwa.
Semua ini adalah tujuan-tujuan utama mengapa disyariatkan berjemaah di dalam Islam.