Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih
About Uncirculated (AU)
About Uncirculated (AU)
Kelihatan
sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan
lipat,mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar
dan permukaan bersih.
Extremely Fine (EF)
Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.
Very Fine (VF)
Very Fine (VF)
Terdapat
beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar,
penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya
penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.
Fine (F)
Fine (F)
Terdapat
banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin
terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi
tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.
Very Good (VG)
Very Good (VG)
Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.
Good (G)
Good (G)
Permukaan
koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat.
Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej
permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.
Fair (FA)
Fair (FA)
Permukaan
yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih
besar. Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.
Poor (P)
Permukaan
yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar.
Sebahagian besar daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan
dan bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.
Poor (P)
No comments:
Post a Comment