Jom Skodeng

Followers

Tuesday, August 16, 2011

Puasa dan Hari Raya

Alhamdulillah dah 17 hari kita berpuasa, ada lagi 13 hari lag nak RAYA. Tak sabar hati nak balik Kampung. Almaklumlah dah 4 ke 5 bulan tak menjengok orang tua. Rindu pada mereka dan rindu suasana kampung amat-amat terasa. Dah lama tak makan sama-sama, borak sama dgn ahli keluarga. Anda juga sama kan? Tak sabar nak balik ek....
Bila kenangkan masa budak-budak dulu....alangkah bestnyer dapat mengudur masa kan? macam lagu AXL (Andai dapat ku undurkan putaran dunia...ingin kuubah semula....) Tapi buat masa lo ni tak ada lagi la ahli-ahli sains dan magician dapat buat benda tu. Yang ada cuma.. perkarya-perkarya novel atau blogest menukilan kan kenangan mereka masa budak-budak dulu. Aku pun nak gambarkan juga la sikit-sikit...

Bismillahirahmanirahhim..
Dulu bila dah dekat-dekat nak puasa dan malam untuk dengar Pengumuman Mohon Besar Raja-Raja, aku dan sekeluarga tak akan miss kumpul depan televisen (walaupun dah tahu dalam kalendar esok atau lusa puasa). Tv siap pasang kuat-kuat. Yang dok kat dapur, aku panggil naik atas untuk dengar pengumuman itu. Bila dah tahu jeesok puasa...kat luar tu...hingik bingit bOOOOOmmmmmm sana sini. Dia orang celebrate puasa kot.
Dalam bulan puasa pula, lepas habis sekolah, petang-petang mesti tanya mak nak makan apa berbuka nanti. Yang bestnyer tiap-tiap hari mesti ada juadah yang sedap-sedap yang dimasak oleh ma dan juadah tapau dari abah. hahhahaha..sedap. Masa mula-mula nak belajar puasa macam-macam kerenah. Ambil air dalam peti masuk tandas dengan alasan nak sejukan kepala dengan air sejuk. berkumur dengan air sejuk lah. Itu adalah taktik nak belajar puasa. Tak apa baru nak belajar....dah lama-lama ok. Yang penting inisiatif tu ada kan. Dah dekat nak berbuka...kami kumpul depan tv (bagi yg laki lah), yg pompuan sedia kan menu yang telah dimasak petang tadi. Tak lupa kalau ada ikan bakar atau sambal...tukang buatnya akulah..kira aku ni master of grill and sambal la kot... :-P
Depan rumah aku ada juga surau...kat situ tidak lupa dibuat majlis berbuka atau bahasa DBP ialah IFTAR. Kami kat kampung ni time iftar ni buat kerja gotong-royong. Tugas-tugas diagihkan sapa nak masak nasi, sapa nak buat lauk, siang ayam, ikan dan macam-macam lagi lah. Tapi tidak lupa juga sapa nak sponsor makanan dari rumah masa berbuka dialu-alukan...

Buat perhatian anda semua, di Kelantan bila tibanya bulan PUASA ni....ada sesuatu yang sesangat spesel. Sejak aku kerja ni, kat KL, Perak dan Johor tiada benda ni. Cuma di Kelantan sahaja ada iaitu, jeng jeng jeng "COLET". Tahu tak apa kah benda ni. heheheh. COLET adalah sesuatu makanan yang dimakan selepas berbuka, masa sembang-sembang dengan family atau kawan-kawan. Contoh COLET adalah Colet Ikan Celup Tepung, Colet Buah, Colet Kerang dan paling best skali COLET PERUT. That is my favarote menu. Muuuuaaacccch...mavelos bro. Sedap. Hanya di Kelantan sahaja. Bila bulan puasa jemput-jemput lah datang ke Kelantan...pastinya anda akan menyukainya. Aku dah gian sesangat nak balik ni nak makan COLET....arrrrrrggggggggggghhhh. Bye.....



No comments:

Post a Comment

Twitter Bird Gadget