Jom Skodeng

Followers

Monday, November 21, 2011

Syabas Malaysia! (Kredit Utusan)




Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama



JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!

Walaupun menjuarai tetapi pemain-pemain seperti Fakri dan Izad below par lagi. Bagi aku mereka tidak mengerunkan siapa sahaja pertahanan lawan. Gelojoh, tidak fokus, lembab dan macam2.

Syabas Malaysia! (Kredit Utusan)



Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama


JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!

Walaupun menjuarai tetapi pemain-pemain seperti Fakri dan Izad below par lagi. Bagi aku mereka tidak mengerunkan siapa sahaja pertahanan lawan. Gelojoh, tidak fokus, lembab dan macam2.

Monday, October 31, 2011

Evolusi cukur jambul dalam adat Melayu (Kredit Kosmo)



TERATAK tiga tingkat milik ibu kepada tiga cahaya mata, Aliza Abu Bakar, 38, pada malam itu riuh rendah dan sesak dengan tetamu yang tidak putus-putus hadir bagi meraikan kehadiran ahli keluarga baharu Aliza.
Beberapa khemah didirikan di pekarangan rumah memuatkan deretan juadah makanan bagi menjamu tetamu yang hadir memeriahkan majlis cukur jambul dan akikah putera ketiga Aliza, Ajwad yang selamat dilahirkan pertengahan Ogos lalu.
Orang luar yang sekadar lalu lalang di situ pasti akan menyangka majlis tersebut merupakan majlis pertunangan kerana dekorasi dan persediaan bagi menyambut kelahiran Ajwad dilaksanakan penuh meriah.
"Alhamdulillah, ini merupakan rezeki Allah buat saya sekeluarga, sebelum ini saya tidak pernah membuat majlis sebegini untuk anak-anak terdahulu, jadi oleh kerana pertama kali mengadakan majlis cukur jambul, saya mahukan ia istimewa," tutur usahawan wanita itu ketika ditemui di majlis tersebut di Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.
Seperti majlis cukur jambul lain, majlis buat Ajwad turut merangkumi marhaban, selawat ke atas nabi dan doa kesyukuran. Namun, istimewanya ia turut diselitkan dengan bacaan berzanji oleh beberapa orang tokoh agama tempatan.

ALIZA melihat Ajwad menjalani upacara tahnik iaitu meletakkan manisan di lelangit bayi.


Sambil tetamu meneruskan selawat, Ajwad didukung mengelilingi tetamu yang ada bagi memberi peluang buat mereka menggunting beberapa helai rambut bayi itu sebelum amalan tahnik (belah mulut) di mana sedikit madu diletakkan di lelangit Ajwad.
Kesemua upacara itu kelihatan klise dan bukan lagi asing dalam konteks budaya Melayu melibatkan cukur jambul, namun jelaskah kita akan makna serta tujuan perkara-perkara itu diadakan?
Mengikut kefahaman Aliza, majlis cukur jambul bertujuan menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas cahaya mata yang dikurniakan dan pada masa yang sama berkongsi rasa gembira itu bersama-sama orang ramai.
"Ia sebenarnya terpulang kepada individu, tetapi bagi saya apa sahaja tujuannya, ia mestilah dilaksanakan dengan hati ikhlas kerana anak merupakan anugerah Tuhan.
"Akikah contohnya, ada orang mendermakan daging tersebut kepada fakir miskin dan ada juga yang menjamu tetamu yang hadir ke majlis akikah tersebut, jadi ia sebenarnya tidak banyak beza," jelas Aliza.
Tradisi biasa Melayu

AKIKAH bukan sahaja dilakukan untuk bayi, tetapi boleh juga dibuat untuk orang dewasa.


Pelakon dan juga ibu kepada seorang anak, Sari Yanti Mohamad Nazari, 27, juga berkongsi pandangannya terhadap majlis cukur jambul berdasarkan pengalamannya menjalankan majlis sebegitu Oktober tahun lalu.
Walaupun kini dia sedang sarat mengandung anak kedua, majlis buat putera sulungnya, Barr Al Aliy, 1, yang diadakan di Restoran Tajine, Kuala Lumpur masih segar dalam ingatan.
Sama seperti Aliza, Sari turut mengisi majlis cukur jambul tersebut dengan marhaban serta bacaan berzanji, cuma dia turut mendapatkan khidmat pemain gendang bagi menyesuaikan tema Arab buat majlis tersebut.
"Pada saya, cukur jambul merupakan tradisi biasa orang Melayu dan bertujuan memperkenalkan anak yang baru lahir kepada keluarga dan saudara-mara.
"Selain itu, ia juga merupakan pendekatan kita untuk memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah kerana anugerah yang diberikan," ujar Sari.
Bagi upacara akikah pula, Sari hanya mengupah orang bagi melaksanakannya dengan menyedekahkan sembelihan dua ekor kambing itu kepada golongan yang memerlukan.
Namun, di sebalik kefahaman itu semua, wujud pengetahuan tentang cukur jambul dan akikah yang perlu diketahui semua orang terutama masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Jangan terkejut jika dikatakan rata-rata orang hanya menyifatkan cukur jambul sebagai adat Melayu yang dicipta sendiri penduduk nusantara dan tidak dipraktikkan Rasulullah SAW.
Seorang pendakwah, Muhamad Riduan Zainal Abidin, 29, mendedahkan bahawa upacara cukur jambul sebenarnya telah diriwayatkan dalam hadis riwayat Muslim. Rasulullah sendiri menyarankan agar bayi yang baru dilahirkan dicukur kepalanya.
Memandangkan nabi sendiri menggalakkan perkara itu, maka secara tidak langsung ia terletak sebagai sunnah yang wajar diikuti. Bagaimanapun, berdasarkan hadis tersebut, bayi tersebut perlu dicukur kepalanya pada hari ketujuh selepas kelahiran.
Cukur kepala

SARI YANTI antara selebriti yang mengadakan majlis cukur jambul besar-besaran untuk anak sulungnya, Barr Al Aliy.


"Dahulu, cukur jambul dipanggil cukur kepala kerana bayi tersebut perlu dicukur habis rambutnya.
"Namun, kini masyarakat akan menggunting sedikit sahaja sebelum ibu bapa bayi tersebut mencukur habis rambut anaknya pada kemudian hari.
"Menurut hadis, rambut bayi yang dicukur itu perlu ditimbang dan berat rambut tersebut perlu dinisbahkan dengan emas dan nilai tersebut kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin," terang Riduan.
Setelah jelas bahawa cukur jambul merupakan sunah nabi, timbul pula persoalan apakah rasional di sebalik upacara tersebut, apakah hikmah yang diperoleh individu yang melaksanakannya?
Tambah Riduan, cukur jambul sebenarnya bertujuan membuang rambut bayi yang baharu lahir itu kerana mengandungi kotoran yang tidak sihat bagi tumbesaran bayi.
"Selama sembilan bulan bayi tersebut berada di dalam perut ibunya, tempoh tersebut sudah tentu membuatkan rambut bayi tersebut bercampur dengan pelbagai bahan asing.
"Menerusi cukur jambul, ia dapat membersihkan kekotoran tersebut dan hikmahnya sudah tentulah memperoleh keberkatan dan bayi tersebut membesar dengan sihat," tutur Riduan yang turut mengatakan bahawa cukur jambul dahulu hanya dilaksanakan ibu bapa bayi tersebut sahaja tanpa sebarang majlis.
Menyentuh konsep cukur jambul hari ini, Riduan menyatakan tiada salahnya majlis besar-besaran diadakan asalkan perkara asas serta niat melakukannya betul.
Kekeliruan yang timbul berhubung status cukur jambul hingga ada yang menyatakan ia sekadar budaya. Akui Riduan, ia mungkin disebabkan beberapa pengisian upacara dalam majlis cukur jambul hari ini lebih kepada adat Melayu.

PERSIAPAN majlis cukur jambul hari ini hampir menyerupai majlis pertunangan dan perkahwinan.


"Pada asalnya, cukur jambul tidak memerlukan marhaban dan bacaan berzanji, tetapi ia diadakan di negara kita untuk memeriahkan majlis.
"Ia tidak salah tetapi jangan menganggapnya sebagai perkara bidaah hanya kerana ia tidak dilakukan nabi kerana sebenarnya budaya dan sunnah itu telah bergabung membentuk ibadah," jelasnya lagi.
Keberkatan akikah
Akikah pula yang sememangnya diketahui umum merupakan sunat muakad yang bertujuan mendapatkan keberkatan hidup daripada Allah juga sering kali dilakukan serentak bersama majlis cukur jambul.
Ia juga dituntut nabi agar dibuat pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi, kata Riduan. Daging akikah tersebut akan dinisbahkan seperti mas kahwin dan seperti biasa ia perlu disedekahkan kepada fakir miskin.
Dua ekor kambing afdal bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan perlu disembelih mengikut hukum Islam bagi upacara akikah. Bagaimanapun terdapat pendapat mengatakan bahawa daging akikah itu tidak boleh dimakan ahli keluarga bayi tersebut.
"Ada orang ingat makan daging akikah keluarga sendiri haram sedangkan tiada hukum yang menyatakan tentang perkara itu.
"Tiada salahnya untuk ahli keluarga atau pun individu yang melakukan akikah itu sendiri untuk menjamah daging tersebut tetapi sewajarnya ia diagihkan kepada orang ramai," ujar Riduan.

Gonzales dalam radar Kelantan (Kredit Kosmo)


GONZALES dilaporkan berada dalam radar KAFA untuk dibawa ke Kelantan bagi aksi musim depan.

TIRAI Piala Malaysia 2011 telah secara rasmi ditutup selepas Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara baharu. Begitupun, pasukan Kelantan kini sudah memulakan langkah untuk mempersiapkan pasukan itu bagi mengharungi saingan liga dan kejohanan domestik selain membuat pe- nampilan sulung pada kejohanan Piala AFC.
Selepas mencuba lima pemain import dari Croatia, Malawi dan Ghana termasuk seorang pemain dari liga Divisyen Dua Belanda, Jeans Black yang tiba di Kota Bharu bersama jurulatih baharu mereka, Peter James Butler pada 23 Oktober lalu, mereka dijangka akan mencuba seorang lagi pemain import.
Kali ini, 'selera' The Red Warriors (TRW) sedikit berubah apabila mereka bakal mencuba bekas pemain kebangsaan Sepanyol yang pernah tersenarai menyertai skuad Piala Dunia 2002 lalu dan pernah beraksi untuk beberapa kelab terkenal di negara yang dikenali dengan jolo- kan La Furia Roja itu.
Berusia 34 tahun, Sergio Gonzales kini di- khabarkan berada dalam radar Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk dibawa ke negeri 'Cik Siti Wan Kembang' bagi memperkuatkan lagi pasukan itu.
Beraksi di posisi tengah, Gonzales memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak selepas menyertai pasukan Espanyol B pada tahun 1995, sebelum diserapkan ke pasukan senior tiga tahun kemudian.
Bakat pemain dengan ketinggian 182 sentimeter berasal dari L'Hospitalet, Sepa- nyol itu mula dikesan oleh pasukan Depor- tivo La Caruna yang mana dia menabur khid- mat selama 10 musim.
Sumber KAFA memberitahu, nama pemain itu pernah disebut-sebut sebelum ini dalam perjumpaan pihak pengurusan tetapi sehingga kini belum ada surat tawaran rasmi dikeluarkan.
Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi sedang berjalan ketika ini antara pemain tersebut dan pihak pengurusan untuk mencari kata putus selain persetujuan pemain itu untuk berhijrah ke Kelantan.
"Setakat ini belum ada apa-apa tawaran rasmi diberikan kepada pemain tersebut dan sehingga kini ia masih dalam perbincangan melibatkan beberapa perkara lagi.
"Sekiranya selesai dan berjaya mencapai kata sepakat, mungkin impian untuk melihat pemain itu beraksi dengan TRW akan tercapai," katanya.
Gonzales dikenali sebagai pemain tengah yang sentiasa bekerja keras serta mampu bertindak membantu pertahanan, selain kreatif dalam menghasilkan gerakan membantu jentera hadapan.
Sepanjang 14 musim bermain dalam kempen Liga Sepanyol, dia telah beraksi dalam 429 perlawanan dan berjaya meledakkan 42 gol, termasuk tiga gol ketika bersama pasukan terakhirnya, Levente bagi musim 2010-2011.
Karier peringkat antarabangsa Gonzales bermula ketika dipanggil oleh jurulatih Sepa- nyol ketika itu, Jose Antonio Camacho untuk mewakili pasukan kebangsaan pada 2001 bagi persiapan Piala Dunia 2002.

Sunday, October 30, 2011

KEKALAHAN TERENGGANU AKIBAT KESILAPAN BODOH GK

itulah....bola itu bulat. Aura perlawanan akhir adalah berlainan dengan perlawanan biasa. Siapa yang dapat menyerap tekanan dengan lebih cepat n menguasai perlawanan dengan lebih cepat akan lebih terbuka dengan bergelar juara. Dan juara sekarang sah milik Negeri Sembilan. Akibat kesilapan bodoh dari GK Sarnini Alwi. Begitulah apa yang berlaku kepada penyokong kelantan pada edisi Piala FA yang lepas. Ia perik untuk diterima dalam jangkamasa 30 saat, ia memisahkan Kelantan untk menjuarai piala tersebut. Sekarang nah....Terengganu yang kena. Kena taik di batang hidung sendiri......
Usah diratapi kerana kesilapan pada keeper no2 Malaysia yang melepaskan gol-gol mudah semasa Malaysia lawan Singapore (kelayakan piala dunia). Perlawanan sepenting world cup qualified pon dilepaskan gol-gol mudah. Ini kan pula perlawanan sepenting itu. Lagi lah mudah dilaskan sarbini.
Tahniah jang. Jumpa tahun depan yang lebih menarik lagi. 4 piala akan diambil dan kelantan mendominasikan semua piala tersebut. Insyaallah. Gomo Klate Gomo.

Thursday, October 27, 2011

Tiket Final

Artikel yang paling laris minggu ni tiket final antara N9 vs Terengganu. 1 tiket RM50.00 utk semua lokasi. Mahal ke murah. Terpulanglah pada anda semua. Yang mampu kata murah, yang tidak mampu kata mahal. Apa-apa pun kehangatan final Piala Malaysia tahun ini diharapkan dapat merubah isu tiket yang mahal ini. Salah siapa? FAM ke? Persatuan kata tidak tahu menahu kenaikan harga tiket ini. FAM pula sebaliknya. Macam-macam dia orang ni.
Pada pandangan aku, perlawanan esok iaitu 29 Okt 11 akan dimenangi oleh Terengganu berdasarkan prestasi yang ditunjukan dalam Piala FA, Liga dan Piala Malaysia ini. Tetapi apa-apa pun boleh berlaku. Contohnya final PM tahun 2009 kelantan kalah kepada N9 walaupun kosisten sepanjang musim. Perlawanan akhir ini, aura lain, semangat lain macam dan keadaan amat berlainan.

Wednesday, August 17, 2011

Persatuan Atau Stadium Cari Untung?.

Dari Blog RedsFC Menganjurkan sebarang perlawanan menentang The Red Warriors nyata memberi keuntungan kepada Persatuan Bola Sepak Tempatan dan pihak Stadium.



Apa tidaknya, kegilaan para Tentera Merah menyerbu setiap venue perlawanan memberikan peluang kepada persatuan dan stadium untuk mengutip bayaran melalui kutipan tiket.

Terbaru, tindakan yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenakan "charge" untuk perlawanan persahabatan mereka menentang Kelantan.

Peliknya, perlawanan pemanas badan lain termasuk empat pasukan kelab dan satu pasukan negeri dalam liga Malaysia, langsung tidak dikenakan sebarang bayaran.

Benar, kedua-dua persatuan berhak untuk mengenakan bayaran dalam perlawanan tersebut tetapi mengapa tidak dengan perlawanan lain. Adakah tindakan ini kerana mengambil kesempatan dengan keghairahan para penyokong Merah Putih untuk turun beramai-ramai melihat pasukan kesayangan mereka beraksi.

Atau ada pakatan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengaut sedikit keuntungan hasil perlawanan tersebut.

Tak mungkin pihak stadium yang mengenakan tiket perlawanan kecuali ada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah apabila melihat sambutan ramai pihak atas perlawanan yang akan diadakan.

Penyokong Kelantan tidak pelik untuk membayar Rm5 kerana mereka sudah bertahun-tahun menghabiskan purata Rm100 untuk setiap perlawawan membabitkan The Red Warriors.

Setakat wang sekecil itu, mereka tidak teragak-agak untuk membayar dan datang ke Stadium semata-mata tidak mahu terlepas dari memberikan sokongan tidak berbelah bahagi buat pasukan kebanggaan.

Tetapi janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan kerana keghairahan para penyokong untuk hadir adalah untuk memberikan sokongan kepada pasukan tempatan bukan semata-mata menghabiskan masa luang. -RedsfcNews-

Tuesday, August 16, 2011

Puasa dan Hari Raya

Alhamdulillah dah 17 hari kita berpuasa, ada lagi 13 hari lag nak RAYA. Tak sabar hati nak balik Kampung. Almaklumlah dah 4 ke 5 bulan tak menjengok orang tua. Rindu pada mereka dan rindu suasana kampung amat-amat terasa. Dah lama tak makan sama-sama, borak sama dgn ahli keluarga. Anda juga sama kan? Tak sabar nak balik ek....
Bila kenangkan masa budak-budak dulu....alangkah bestnyer dapat mengudur masa kan? macam lagu AXL (Andai dapat ku undurkan putaran dunia...ingin kuubah semula....) Tapi buat masa lo ni tak ada lagi la ahli-ahli sains dan magician dapat buat benda tu. Yang ada cuma.. perkarya-perkarya novel atau blogest menukilan kan kenangan mereka masa budak-budak dulu. Aku pun nak gambarkan juga la sikit-sikit...

Bismillahirahmanirahhim..
Dulu bila dah dekat-dekat nak puasa dan malam untuk dengar Pengumuman Mohon Besar Raja-Raja, aku dan sekeluarga tak akan miss kumpul depan televisen (walaupun dah tahu dalam kalendar esok atau lusa puasa). Tv siap pasang kuat-kuat. Yang dok kat dapur, aku panggil naik atas untuk dengar pengumuman itu. Bila dah tahu jeesok puasa...kat luar tu...hingik bingit bOOOOOmmmmmm sana sini. Dia orang celebrate puasa kot.
Dalam bulan puasa pula, lepas habis sekolah, petang-petang mesti tanya mak nak makan apa berbuka nanti. Yang bestnyer tiap-tiap hari mesti ada juadah yang sedap-sedap yang dimasak oleh ma dan juadah tapau dari abah. hahhahaha..sedap. Masa mula-mula nak belajar puasa macam-macam kerenah. Ambil air dalam peti masuk tandas dengan alasan nak sejukan kepala dengan air sejuk. berkumur dengan air sejuk lah. Itu adalah taktik nak belajar puasa. Tak apa baru nak belajar....dah lama-lama ok. Yang penting inisiatif tu ada kan. Dah dekat nak berbuka...kami kumpul depan tv (bagi yg laki lah), yg pompuan sedia kan menu yang telah dimasak petang tadi. Tak lupa kalau ada ikan bakar atau sambal...tukang buatnya akulah..kira aku ni master of grill and sambal la kot... :-P
Depan rumah aku ada juga surau...kat situ tidak lupa dibuat majlis berbuka atau bahasa DBP ialah IFTAR. Kami kat kampung ni time iftar ni buat kerja gotong-royong. Tugas-tugas diagihkan sapa nak masak nasi, sapa nak buat lauk, siang ayam, ikan dan macam-macam lagi lah. Tapi tidak lupa juga sapa nak sponsor makanan dari rumah masa berbuka dialu-alukan...

Buat perhatian anda semua, di Kelantan bila tibanya bulan PUASA ni....ada sesuatu yang sesangat spesel. Sejak aku kerja ni, kat KL, Perak dan Johor tiada benda ni. Cuma di Kelantan sahaja ada iaitu, jeng jeng jeng "COLET". Tahu tak apa kah benda ni. heheheh. COLET adalah sesuatu makanan yang dimakan selepas berbuka, masa sembang-sembang dengan family atau kawan-kawan. Contoh COLET adalah Colet Ikan Celup Tepung, Colet Buah, Colet Kerang dan paling best skali COLET PERUT. That is my favarote menu. Muuuuaaacccch...mavelos bro. Sedap. Hanya di Kelantan sahaja. Bila bulan puasa jemput-jemput lah datang ke Kelantan...pastinya anda akan menyukainya. Aku dah gian sesangat nak balik ni nak makan COLET....arrrrrrggggggggggghhhh. Bye.....



Wednesday, August 10, 2011

Melaka vs Kelantan


Percaya atau tidak..tapi kena percaya. Signboard ni dipaparkan di tepi jalan di Melaka......huhuhu

Monday, August 1, 2011

Rajagabal Senarai Wajah Lama

Info dari Suara Sukan Anda....
Nama Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah dan Khyril Muhymeen Zambri adalah antara yang kembali tersenarai untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, menjelang beberapa aksi persahabatan antarabangsa sepanjang bulan Ogos ini - termasuk menentang Oman.

Tonggak tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie pula muncul satu-satunya wajah baru dipanggil untuk melengkapkan senarai 25 pemain, tatkala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, berkemungkinan atas alasan kecederaan yang belum pulih.

Pertahanan Kelantan, S.Subramaniam, dan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya pula masih gagal meyakinkan Rajagobal untuk dipanggil ke kem negara.

Kesemua pemain Harimau Muda A – Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula tiada dalam senarai bagi membolehkan mereka menyertai skuad Olimpik yang kini ‘bertapa’ di Slovakia sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik yang dijadual bermula 21 September depan. 

Justeru kehadiran semula wajah-wajah yang sebenarnya bukanlah asing dalam kem negara ini dilihat dapat menutup ketiadaan mereka setidak-tidaknya buat sementara waktu.

Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.

Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie
Terengganu
Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari
Kelantan
Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali
Kuala Lumpur
Shahrizal Mohd Saad
Johor FC
Faizal Muhammad
Harimau Muda A
Safee Sali
Pelita Jaya

Lokasi2 bazar Ramadhan

LOKASI
Bandar / Daerah
Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
Bandar Tun Razak
Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Bandar Tun Razak
Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
Bandar Tun Razak
Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
Bandar Tun Razak
Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
Bandar Tun Razak
Taman Len Sen
Bandar Tun Razak
Jln Benteng
Bukit Bintang
Siarkaki Leboh Pudu
Bukit Bintang
Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
Bukit Bintang
Lorong Berangan
Bukit Bintang
Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
Bukit Bintang
No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Bukit Bintang
Jalan Haji Taib
Bukit Bintang
Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit
Bukit Bintang
Tapak Parking Pasar Selayang
Batu
Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
Batu
Sentul Pasar
Batu
Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
Batu
PPR Batu Muda
Batu
Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
Batu
Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
Batu
Taman Segar
Cheras
Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
Cheras
Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
Kepong
Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
Seputeh
Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
Seputeh
Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
Seputeh
Jalan Sri Jati 3
Lembah Pantai
Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
Lembah Pantai
Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
Segambut
Jln Cochrane
Titiwangsa
Pasar Datuk Keramat
Titiwangsa
 Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
Titiwangsa
Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
Titiwangsa
Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
Titiwangsa
Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
Setiawangsa
Jalan Wangsa Melawati 3
Setiawangsa
Jalan Wangsa Delima
Setiawangsa
Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
Setiawangsa
Hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
Setiawangsa
Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
Wangsa Maju
Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
Wangsa Maju
Jalan Langkawi, Teratai Mewah
Wangsa Maju
Kaki lima Plaza Idaman
Wangsa Maju
Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
Wangsa Maju
Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
Wangsa Maju
Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
Wangsa Maju
Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
Wangsa Maju
Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
Wangsa Maju
Tapak Pasar Malam Taman Melati
Wangsa Maju
Jalan Masjid India
Bukit Bintang
Lorong Tuanku Abdul Rahman
Bukit Bintang
Taman Wilayah Selayang Fasa 3
Batu
Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
Lembah Pantai
Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
Lembah Pantai
Jalan Budiman 25, Taman Mulia
Bandar Tun Razak
Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
Bandar Tun Razak
Parking Bersebelahan LRT Cheras
Bandar Tun Razak
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Bandar Tun Razak
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Bandar Tun Razak
Dataran Padang Permainan
Bandar Tun Razak
SS18, Subang Jaya (Jalan SS18/6)
SUBANG JAYA
USJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3c – Hadapan Gerai Majlis USJ 7)
SUBANG JAYA
USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
SUBANG JAYA
USJ 1 Pangsapuri Angsana (Tapak Pasar Malam)
SUBANG JAYA
Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
SUBANG JAYA
Taman Batu Tiga (Hadapan Gerai Majlis Tmn Batu 3)
SUBANG JAYA
Putra Heights (Berhadapan Flat Sri Mutiara)
SUBANG JAYA
Tmn Puchong Perdana (Jalan Perdana 2)
PUCHONG
Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 2/10)
PUCHONG
Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 1/10 – Sebelah Surau Ra’ayah)
PUCHONG
Tmn Puchong Prima (Jalan Prima 5/3)
PUCHONG
Tmn Puchong Utama (Jalan Utama 2/1)
PUCHONG
Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2/22)
PUCHONG
Pusat Bandar Puchong (Jalan Bandar 3- Tapak Bersebelahan Tesco Puchong)
PUCHONG
Puchong Utama (Tapak Pasar Malam Puchong Utama – kecuali hari selasa)
PUCHONG
Puchong Indah (Tapak Pasar Malam – kecuali hari isnin)
PUCHONG
Bandar Kinrara Sek 5 (Jalan BK 5A/1)
KINRARA
Tmn Kinrara Sek 1 (Jalan Taman Kinrara 1/1)
KINRARA
Tmn Perindustrian Kinrara (Jalan TPK 2/1 & 2/2)
KINRARA
Tmn Kinrara Sek 4
KINRARA
Hadapan Gerai UPEN Puchong Jaya (Petak Letak Kereta)
KINRARA
Tmn Seri Serdang (Jalan 18/35)
SERDANG
Tmn Universiti Indah (Jalan 2/10)
SERDANG
Tmn Pinggiran Putra (Jalan PP 1/2)
SERI KEMBANGAN
Tmn Equine (Jalan PP 1B)
SERI KEMBANGAN
Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2)
SERI KEMBANGAN
SEPANJANG JLN MASUK KE SMAP, KAJANG
KAJANG
TAPAK BAZAAR MALAM REKO SENTRAL
KAJANG
JALAN UTAMA, SEK 2, TMN KAJANG UTAMA
KAJANG
TAPAK PASAR MALAM KOMPLEKS HENTIAN KAJANG
KAJANG
TEMPAT LETAK KERETA, HADAPAN DERETAN KEDAI TAMAN ZAMRUD
KAJANG
HADAPAN DERETAN KEDAI & KILANG IKS SG. JELOK. ( TEMPAT LETAK KERETA )
KAJANG
DATARAN PRIMA SAUJANA, TMN. PRIMA SAUJANA, KAJANG
KAJANG
KAWASAN TANAH LAPANG ( TAPAK FUNFAIR ), TAMAN KAJANG PRIMA
KAJANG
TAPAK PASAR TANI ( TMN RAMAL INDAH )
KAJANG
JLN KAJANG MEWAH 10
KAJANG
DI BELAKANG TESCO BATU 14, KAJANG
KAJANG
TAPAK PAKIR DESA SERDANG ( HADAPAN BANGUNAN MINLON )
CHERAS KAJANG
JALAN TEMENGGUNG 21/9, SEK. 9, BDR MAHKOTA CHERAS ( TAPAK PASAR MALAM )
CHERAS KAJANG
LEBUH TAMING, TAMAN TAMING JAYA
CHERAS KAJANG
BERHAMPIRAN LOJI KUMBAHAN TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN
CHERAS KAJANG
TMN. SUNTEX, BT. 9, CHERAS
CHERAS KAJANG
JLN CHENGAL 4, TAMAN IMPIAN EHSAN
CHERAS KAJANG
KAWASAN LAKE VALLEY JALAN SUARASA 8/4, BDR TUN HUSSEIN ONN
CHERAS KAJANG
DI JALAN CP 4/38, TMN CHERAS PERDANA
CHERAS KAJANG
JALAN CJ 8, TAMAN CHERAS JAYA
CHERAS KAJANG
PADANG AWAM, TAMAN CHERAS UTAMA ( TAPAK PASAR MALAM LAMA )
CHERAS KAJANG
TAPAK PASAR MALAM SEKSYEN 16, BANDAR BARU BANGI
BANDAR BARU BANGI
TEMPAT LETAK KERETA JALAN 3/69, SEKSYEN 3, BDR BARU BANGI
BANDAR BARU BANGI
DIHUJUNG JALAN 2/3A, KAWASAN DUA, BDR BARU BANGI
BANDAR BARU BANGI
HADAPAN ASRAMA KOLEJ POLYTECH MARA BANGI
BANDAR BARU BANGI
JALAN SERI PUTRA ½, BDR SERI PUTRA
BANDAR BARU BANGI
JLN 7/7B, SEK 7, BDR BARU BANGI
BANDAR BARU BANGI
DI TEMPAT LETAK KERETA & JLN SUSUR KOMPLEKS PKNS BANGI
BANDAR BARU BANGI
TAPAK PASAR MALAM, BDR TASIK KESUMA
BERANANG
TAPAK PEKAN SEHARI BERANANG
BERANANG
TAPAK PASAR MALAM TAMAN SERI NANDING
HULU LANGAT
BERSEBELAHAN PADANG FUTSAL,TMN DESA SENTOSA
HULU LANGAT
JALAN SEMENYIH SENTRAL 1
SEMENYIH
SEKSYEN 1, BERHAMPIRAN DENGAN PASARAYA BILLION BDR TEKNOLOGI KAJANG
SEMENYIH
DI JLN TPS 1/5, TMN PELANGI SEMENYIH
SEMENYIH
SEKSYEN 2
SHAH ALAM
SEKSYEN 7 (TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 13 (STADIUM SHAH ALAM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 17 (TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 18 (TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 20 (BERHAMPIRAN TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 25
SHAH ALAM
SEK. U2 TTDI JAYA (TPS)
SHAH ALAM
SEKSYEN U3 (SUBANG PERDANA)
SHAH ALAM
SEKSYEN 6 (TLK REST. DAUD)
SHAH ALAM
SEKSYEN 7 (JLN PLATINUM AD 7/AD) REST ALI CORNER
SHAH ALAM
SEKSYEN 7 (JALAN KRISTAL AS7/AS)
SHAH ALAM
SEKSYEN 8 (DEKAT SURAU BLOK 17-18)
SHAH ALAM
SEKSYEN 16 (HDPN DEWAN ORG RAMAI)
SHAH ALAM
SEKSYEN 18 (JLN 18/34 – KLINIK AHMAD SHAH)
SHAH ALAM
SEKSYEN 19 (TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 24 (TPK USAHAWAN MIKRO)
SHAH ALAM
SEKSYEN 27 (TAPAK PASAR MALAM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 28 (BERHAMPIRAN KFC)
SHAH ALAM
SEKSYEN 31 ( JLN ANGGERIK ARANDA B 31/B DEPAN PONDOK POLIS KOTA KEMUNING)
SHAH ALAM
SEKSYEN U5 (JLN UTARID U5/10) TPM
SHAH ALAM
SEKSYEN U8 (JALAN C U8/C BKT JELUTONG HDPN MY MYDIN)
SHAH ALAM
SEKSYEN U10 (TAPAK PENJAJA SEMENTARA)
SHAH ALAM
SUBANG 2 (TAPAK PASAR MALAM)
SHAH ALAM
SEKSYEN U13 (SETIA ALAM – CIMB BANK)
SHAH ALAM
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 1) (BUKIT RAHMAN PUTRA)
SHAH ALAM
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 2) (PEJ LUNCAI EMAS)
SHAH ALAM
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 3) (ECONSAVE)
SHAH ALAM
PANDAN INDAH (TLK PADANG PERBANDARAN MPAJ)
AMPANG
PANDAN JAYA (TLK JALAN PANDAN 3)
AMPANG
CHERAS INDAH (HADAPAN DEWAN KOMUNITI)
AMPANG
PANDAN MEWAH (TLK SEBELAH PADANG)
AMPANG
PANDAN CAHAYA (TLK JALAN PANDAN CAHAYA 1/1)
AMPANG
TMN MELAWATI ( HADAPAN PEJABAT POS LAMA )
AMPANG
KG PANDAN (TLK PANDAN UTAMA)
AMPANG
MEDAN SELERA ANGSANA HILIR (TLK)
AMPANG
LEMBAH MAJU (BERHAMPIRAN SIMPANG EMPAT)
AMPANG
KG TASEK PERMAI ( HADAPAN MASJID )
AMPANG
KG MELAYU (JALAN JATI)
AMPANG
AU 2 ( JALAN AU2A/16 )
AMPANG
AU 4/1 (HADAPAN SEVEN-ELEVEN)
AMPANG
AU 5 (TLK MEDAN SELERA)
AMPANG
TMN PERMATA (HADAPAN PASARAYA HARI-HARI)
AMPANG
MELAWATI JALAN E1
AMPANG
BUKIT ANTARABANGSA (JALAN WANGSA UKAY 2)
AMPANG
UKAY PERDANA (HADAPAN RESTORAN ALI MAJU)
AMPANG
TAMAN MELOR (TLK)
AMPANG
BANDAR BARU AMPANG (PASAR BANDAR BARU AMPANG)
AMPANG
AMPANG WATER FRONT (TLK FASA 2)
AMPANG
BUKIT INDAH (SEBELAH RESTORAN DALILA, TLK)
AMPANG
AMPANG JAYA (TLK JALAN 1)
AMPANG
KOMPLEKS MUHIBBAH ( TAMAN NIRWANA )
AMPANG
KERAMAT PERMAI ( JALAN AU1D )
AMPANG
AU3 (TLK FLAT PKNS 13 & 14)
AMPANG
PANDAN INDAH JLN 3/2B
AMPANG
TAMAN KOSAS (TLK JALAN KOSAS 1/1)
AMPANG
PANDAN PERDANA (HADAPAN GUARDIAN)
AMPANG
CHERAS HARTAMAS (BLOK A1, FLAT BUKIT SEGAR)
AMPANG

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini 1 Ogos 2011 secara rasminya umat Islam di Malaysia menyambut bulan puasa. Dan secara rasmi juga Hari Lahir Isteriku Pn Ruzedah binti Ibrahim. Happy Birthday my beloved wife and Happy Puasa Day (emmm). Malam ni nanti I belikan you Kek ye...... Selamat Hari Lahir. Selamat Hari Lahir my Belove Wife.


Bagi tiap2 bulan puasa, korang ada azam kan. Sama lah aku...Insyaallah azam bulan puasa ni nak complete tarawih dan sekurang2 nyer khatam Al-Quran sekali...maklumlah tak pernah khatam pon sebelum ni..hikhikhik.. Doakan semoga tercapai niat ni yaa.

Tahun ni lepas habis kerja, rest dan ronda2 bazar Ramadhan. Mencari juadah berbuka dan bersahur. Al-maklumlah dua2 kerja, tak ada masa nak masak. Masak nasi tu boleh leerrr... Hari ni pi ronda2 kat Bazar Ramadhan di Taman Setiawangsa. tapi semalam dengar2 AJK Penduduk Taman tu membuat bantahan wujudnya bazar disitu. So tgk la dulu petang ni lagu mana. Kalau tak kena cari tempat lain le gamaknya...peace yooo. cont esok lak



Twitter Bird Gadget