Sorry la...dah 2 minggu lebih tak mengomel dlm blok kawe ni. Mcm-mcm terjadi minggu lepas. Ada kenangan manis, ada kenangan pahit. Kita crita yang pahit dulu, lepas tu baru masuk yang manis...barulah lupa yg pahit kan. 16hb Mac lepas kawe kena menghadiri mesyuarat di Port Dickson. Kesian kawan datang, tapi tak dapat meluangkan masa. dah lah kawan datang dari Jeli Kelantan. Sapo lagi si 'Jay and Wife' la...Sorry ek.
Pagi 16hb tu kawe doh ado di Hotel Glory Beach resort....lebih kurang dalam kul 830 berdering telepon kawe.. apo crita ni(kawe monolog). Rupa-rupanya wife telefon bagitau kereta tengah berasap di tengah jalan. Keta dah terbakar kat depan. Apa lagi, mengelabah la kawe ni. Dah la kawe jauh ni, mcmane nak selamatnya isteri ni.. Nak terbang, aku ni bukan burung. Mcmane..mcmane... cuba teka apa yg kawe buat lepas tu. Apa lagi, kawe terus belekx hset cari siapakah mangsa untuk minta pertolongan. tekanx punya tekan. Nampak no telefon staf kat opis. Mintak la pertolongan staf je. Lepas tu telefon lagi isteri tanya keadaan. Kawan isteri pun datang juga tolong. Lepas check punya check rupax nya minyak itam dan air kering. Adoi baru je check minggu lepas takan dah kering. Ni mcm nak mintak duit je keta ni. Sebelum terlupa, TQ pada insan yg tolong isteri aku tu.
Balik dari PD tanya isteri keta kat mana. Isteri dah panggil pomen utk bawa keta ke bengkel. Pomen kata beribu-ribu habis nak seeting semula enjin yg dah overheating, gearbox dah rosak. Ahhhhhhh mana nak cari duit ni. tak tahu la mcmane nak dapatkan duit tu. IsyaAllah khamis ni siap keja tu. Rasaxnya dalam 4 ribu juga nak prabis duit tu... apax pun kawan-kawan doa-doa la rezeki aku bertambah ye...
No comments:
Post a Comment