Jom Skodeng

Followers

Thursday, April 22, 2010

KASIHNYA IBU...

" Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya .

KATA-KATA IKHMAH

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

Tuesday, April 20, 2010

Peranan wanita dalam TLDM

BIASANYA pasukan keselamatan sesebuah negara akan didominasi oleh kaum lelaki. Namun fungsi anggota wanita tidak dinafikan kerana mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting bagi sesuatu perkhidmatan ketenteraan dan itulah yang berlaku dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Dalam TLDM sendiri, peranan anggota wanita dianggap sama penting dengan anggota lelaki dan turut memegang jawatan-jawatan tinggi dalam perkhidmatan.ABDUL Aziz Jaafar serta pemimpin-pemimpin tertinggi TLDM ketika menyertai Kem wanita 2010 di lumut.

Pada masa ini, terdapat tujuh pegawai wanita berpangkat Komander di TLDM dan kebanyakan mereka menduduki jawatan-jawatan tertinggi di pusat latihan dan pentadbiran.Antaranya ialah Pegawai Laksana Pusat Kepimpinan TLDM dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).Selain itu, terdapat empat pegawai wanita bertugas di kapal iaitu masing-masing dua orang di kapal KD Pahang dan KD Perak.Ketika ini terdapat 1,104 anggota wanita di TLDM dengan sebanyak 90 peratus daripadanya bertugas di pangkalan-pangkalan TLDM seluruh negara.Melihat pada trend pertambahan anggota wanita dalam perkhidmatan tersebut, TLDM telah menubuhkan Sel Wanita pada 1 Mei 2009 bagi menguruskan kerjaya serta kebajikan anggota wanita.Walaupun Sel Wanita dalam TLDM masih baru berbanding formasi lain dalam ATM, Sel Wanita TLDM begitu aktif dan sudah mencapai banyak kejayaan dengan membuat pelbagai pembaharuan dalam tempoh singkat.Menurut Pegawai Staf 1 Hal Ehwal Ehwal Wanita TLDM, Komander Noraida Zulkifli yang mengetuai Sel Wanita TLDM, antara kejayaan yang telah dicapai ialah meningkatkan kuota pengambilan anggota wanita dari empat peratus kepada lapan peratus mulai tahun ini."Kita sudah cuba mendapatkan kelulusan pihak atasan supaya peratus kuota pengambilan anggota wanita dalam TLDM ditingkatkan sejak tahun lalu lagi dan Alhamdulillah, pada tahun ini ia sudah dinaikkan sekali ganda," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Selain itu, kata Noraida, Sel Wanita TLDM juga berjaya mendapatkan kelulusan pemimpin tertinggi supaya uniform mengandung, tudung serta kasut kawad anggota wanita diubahsuai.Katanya, uniform mengandung dan tudung sudah digunakan sekarang manakala kasut kawad yang sesuai serta berkualiti akan digunakan tidak lama lagi."Bahkan perjawatan wanita di atas kapal sudah diperluaskan walaupun terdapat kekangan daripada segi budaya dan agama."Sebagai contoh, tirai plastik bilik air dalam bilik di kapal KD Pahang sudah diubah suai menjadi pintu untuk kemudahan anggota wanita dan ini dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," katanya.Noraida berkata, anggota wanita TDLM mampu melakukan apa yang lelaki boleh lakukan tetapi ia harus berlandaskan agama serta budaya."Pada tahun ini, kita mahu lebih ramai anggota wanita ditempatkan di dalam kapal terutamanya dalam bidang komunikasi serta bekalan supaya mereka dapat memainkan peranan lebih besar di barisan hadapan sama seperti anggota lelaki," ujar beliau.Bagi memastikan anggota wanita tahu hala tuju TLDM serta peranan mereka, Sel Wanita TLDM turut mengadakan pelbagai kursus dan aktiviti termasuk Kem Wanita buat julung kalinya yang dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada 15 Januari lalu.Kem tersebut yang berlangsung dari 15 Januari hingga 17 Januari lalu, menghimpunkan seramai 320 anggota serta pegawai wanita pelbagai pangkat daripada semua formasi TLDM dari seluruh negara.Kem itu juga adalah yang pertama menghimpunkan pegawai serta anggota lain lain pangkat (LLP) dalam satu program dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara mereka."Seperti yang kita tahu, dalam perkhidmatan beruniform, terdapat jurang antara pegawai dan anggota kerana protokol yang perlu dipatuhi."Dengan adanya kem ini, mereka dapat menjalinkan hubungan serta mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat," kata Noraida.Beliau berkata, pelbagai aktiviti daripada ceramah gangguan seksual, undang-undang, pembangunan kerjaya serta senamrobik dan sukan dimuatkan pada program itu supaya anggota wanita mengetahui mereka turut memainkan peranan besar dalam TLDM."Kita tidak mahu kekangan agama dijadikan alasan dan kita mahu mereka tahu bahawa mereka turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada perkhidmatan berkualiti dalam TLDM,'' ujarnya.

Sumber:Utusan Malaysia

Tuesday, April 6, 2010

Sibuk...Busy....

Huuuhuhu...pening-pening, bulan tiga yg lepas masa aku gunakan untuk mesyuarat dan outstation. Boleh dikatakan seluruh negeri aku jelajah. Almaklumlah utk persediaan pergerakan balik dan masuk pelatih PLKN. tak perlu la aku critakan, nanti korang boring pulak. Tapi kalau ada ramai nak tahu nanti aku critakan kat korang semua.

Mula-mula pi PP, turun Pahang, turun N9, naik Sabah, pi Sarawak dan last skali kat area selangor. Itu la rutin aku 3 bulan skali pusing. Pusing 1Malaysia, sesuai pulak dengan slogan PM kita. Kebetulan la tu. Jangan ada yg salah anggap ye. Alamak gambar tak ada la kawan, lupa bawa kamera, HSet cokia je..., rugi betul la... Nanti la..lain kali aku tangkap dan post kat sini. Dalam pada aku outstation tu, kesian kat wife,dok sorangx kat rumah. Nak buat mcmane dah tugas aku kan. Biasa aku bawa skali wife pi jlnx...tp wife dah keja so terpaksa tinggal kejap...

Bukan stakat outstation, duit pun kena simpan jugak tu untuk makan, minum dan penginapan kat tempat diatas. Haaaaa baru aku ingat, masa pi sabah itu hari, sebelum aku naik flight, ada sorang budak call, cakap nak jumpa di Kota Kinabalu. aku cakap ok, no problem. dah orang nak jumpa, kita ok je. Katanya lama tak jumpa. hehhehehehe rindu katakan. Cuba teka siapa budak tu. Dia kata, dia keja POLIS. So dia panggil aku TUAN la. Almaklumlah apa kurangnya aku kan. JAngan Marah. Sampai kat KK dalam kul 6.00ptg. Terus pergi Check in Hotel. Dalam kul 8.00mlm pi cari kedai makan. Perut dah berbunyi. Tak lupa juga call isteri kat rumah. Tanya khabar, pintu dah kunci ke blum... Dalam pukul 9mlm aku call budak tu nak jumpa. lama jugak menunggu...lebih kurang 30minit aku tunggu. Terpaksalah sorang-sorang tunggu kawan aku tu. Opppsss 'kawan'. Dia bawa aku ronda-ronda dalam keta jap...ronda cari kedai mamat nak borak-borak. Sampai kedai mamat dia oder air teh o halia satu, jaga stamina kawan kita ni. Mujur tak oder skali telur ayam kampung tambah madu...hehe..aku pun sama teh o halia jugak la... banyak juga yg kami borak sampai la dekat kul 12mlm baru balik. Kawan kita tu baru je 3bulan di KK. dulu dia kat Tawau... k laa...dah penat ni. nanti cont...semula..babai..

Dua Minggu Lepas

Sorry la...dah 2 minggu lebih tak mengomel dlm blok kawe ni. Mcm-mcm terjadi minggu lepas. Ada kenangan manis, ada kenangan pahit. Kita crita yang pahit dulu, lepas tu baru masuk yang manis...barulah lupa yg pahit kan. 16hb Mac lepas kawe kena menghadiri mesyuarat di Port Dickson. Kesian kawan datang, tapi tak dapat meluangkan masa. dah lah kawan datang dari Jeli Kelantan. Sapo lagi si 'Jay and Wife' la...Sorry ek.
Pagi 16hb tu kawe doh ado di Hotel Glory Beach resort....lebih kurang dalam kul 830 berdering telepon kawe.. apo crita ni(kawe monolog). Rupa-rupanya wife telefon bagitau kereta tengah berasap di tengah jalan. Keta dah terbakar kat depan. Apa lagi, mengelabah la kawe ni. Dah la kawe jauh ni, mcmane nak selamatnya isteri ni.. Nak terbang, aku ni bukan burung. Mcmane..mcmane... cuba teka apa yg kawe buat lepas tu. Apa lagi, kawe terus belekx hset cari siapakah mangsa untuk minta pertolongan. tekanx punya tekan. Nampak no telefon staf kat opis. Mintak la pertolongan staf je. Lepas tu telefon lagi isteri tanya keadaan. Kawan isteri pun datang juga tolong. Lepas check punya check rupax nya minyak itam dan air kering. Adoi baru je check minggu lepas takan dah kering. Ni mcm nak mintak duit je keta ni. Sebelum terlupa, TQ pada insan yg tolong isteri aku tu.
Balik dari PD tanya isteri keta kat mana. Isteri dah panggil pomen utk bawa keta ke bengkel. Pomen kata beribu-ribu habis nak seeting semula enjin yg dah overheating, gearbox dah rosak. Ahhhhhhh mana nak cari duit ni. tak tahu la mcmane nak dapatkan duit tu. IsyaAllah khamis ni siap keja tu. Rasaxnya dalam 4 ribu juga nak prabis duit tu... apax pun kawan-kawan doa-doa la rezeki aku bertambah ye...
Twitter Bird Gadget