Jom Skodeng

Followers

Tuesday, November 9, 2010

CUTI-CUTI MELAKA PADA 5/11/2010

    Jumaat 5 Nov 2010.....ramai yang cuti sebab Depavali...aku memang cuti pun..Keja gomen. Seperti yang dirancang dengan wife minggu ni nak pi Melaka........Mula2 plan nak pi 6hb tapi wife dah buat plan baru..dgn menghebohkan kat kawan2 cuti2 ni...so dua family ikut iaitu family aku(Che dan Gee) family Lokman(Nani,unai dan ika) dan family madi(isteri fiza) .....mesti ada hikmahnya perancangan tersebut.

Ni gambar aku masa kat rehat Seremban
    Tapi yang syoknyer pada plan kali ini aku dan isteri akan ride motor ER6...kali pertama ride ni rasa gugup la jugak...sebijik pulak tu motor. Kawan lain2 naik keta... Pukul  2.00petang kami keluar rumah.....dari rumah keluar Jalan Tun Razak dan terus ke Tol sg Besi....lalu tol tak perlu bayar, itu adalah kelebihan motor... Pastu terus ke  kawasan rehat di Seremban sebab isteri dah lengoh2...kali pertama katakan...dari KL ke Seremban aku bawa 90-100km je...moto dalam pantang lagi...tu pun rasa berdesup angin kiri, kanan... Ni gambar kami park motor sementara waktu....hehehhe
Isteri...malu2 nak posing...ahak...


Ni la Motor kesayangan aku.....baru 600km spedo dia....


Kesian....katanyer penat......

Hahaha..sempat lagi peace ek.....

Tersenyum puas dapat keluar dari KL...

Sempoi...........

Dah ok.....nak gerak ni....kawan lambat lagi nak sampai...so aku bgitau wife kita pi dulu.....nanti tunggu dia orang di Melaka...Minyak belum isi lagi.....depan sikit maybe kat R&R Ayer Keroh isi minyak sebelum masuk Melaka. Sebelum sampai di &R Ayer Keroh jalan jem.....Ni mesti ada sesuatu berlaku...pergi nyer pergi....betul2 depan &R Ayer Keroh ada lori dari arah sebelah kanan dah melanggar divider dan terus masuk lorong aku..............fuh.....terbalik lori tu.....Sempat juga ambik gambar...

Lori terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan pada 5/11/2010
Ni je gambar kat surau tu ada...lupa pulak nama
    Siap isi minyak di R &R Ayer Keroh..terus ke Bandar Hilir...Ride dalam 90-120km/s....Saje je test motor. Lama tak pergi ke Melaka, sesat la juga sampai ke Hotel MITC...keluar dan jumpa pandu arah ke Bandaraya Melaka...Tengok jam dah pukul 6petang...terus je cari masjid untuk solat asar....jumpa satu masjid...terus berhenti solat jap. Di dalam Masjid tu ada kubur khas...Menjadi persoalan. Tak sempat pulak tanya orang kat sini kubur sapa.



Selepas solat terus menuju ke Banda Hilir dan tempat yang pertama kami istirehat ialah di bawah pokok yang bannnnnnnnnnnnnnyak burung berdekatan dengan Balai Seni Lukis..Inform kawan, kami tunggu kat situ je...sementara tunggu kawan datang sempat la juga ambik gambar kawasan kat situ...
Pakcik beca ni apa kuranyer...sporting haaaaabis.....siap gaya lagi tu....hehehe..tq..
Ni baru berhenti kat Balai Seni Lukis

Bang Beca yg spoting

Bagus....
Sementara tunggu kawan datang....pusing2 la kawasan situ...adalah...2,3 keping gambar..
Balai Seni Lukis

Huh..rest kejap

Sementara tunggu kawan di Muzium Samudera
Lebih kurang pukul 7.30malam...masa yang ditunggu2 dah nak sampai.......alamak semalam dah taip tapi komputer jam...........habis hilang ayat2 power gua....terpaksa la taip balik...huh..........malasnyer.........
Akhirnya Lokma dan family nyer sampai.......kami bincang2 dan plan apa projek seterusnyerr....bincang2 kita putuskan utk naik Menara Tamingsari dulu...lepas tu beca dan last skali naik cruise.... harga tiket naik menara dan cruise sorang RM10  manakala naik beca..satu beca RM20....kira ok la tu.....naik menara dalam 7 minit lebih. Naik beca sejam lebih dan naik cruise dalam 45minit....berbaloi-baloi cakap lu...... ikutnya hati memang lapar giler time tu...tapi buat2 kenyang demi trip yang mencabar ni...Gambar2 seperti bawah...

Posing sementara menunggu naik Menara Tamingsari

Balai Berlepas Menara
Berdebar2 menunggu nama dipanggil...

Suasana Di dalam Menara Tamingsari


Opss terlebih sudah...

Pemandangan dari atas menara

Sorry kabur sikit...

Hai..peace..
Apabila habis je pusing2 atas Menara....turun je kami lepak kat lobi........hilangkan darah gemuruh katakan.....hihihi
Huh.....hilang gemuruh kejap..
Hilang je penat.....aksi seterusnyer adalah naik beca......bang beca kemari kamu......mana bang beca ni......bermacam2 hiasan beca kat Melaka ni. Kita boleh pilih mana yang kita suka. Ada yang berlampu, warna-warna,kelip2, dangdut dan macam2 lagi...........yang terpilih untuk aku dan isteri adalah Beca Dangdut..manakala Lokman dan family nyer pun sama jugak kot....Ni beca yang kami naik..

Hai....Welcome to Melaka..

Seronok ye kamu...

Best wo....naik beca

Meriam Potugis...

Ekor Kerertapi...

Nai....pandang depan

Add caption

Penatnyer...

Macam cerita P.Ramlee pulak si Lokman ni

Tumpang posing jap bang beca

Tengah Berlumba pun sempat posing lagi...

Lega...akhirnye kami menang

Gaya....robot
Lepas naik beca terus pergi naik bot di Sungai Melaka....dua gambar bawah tu sumbangan iklan nani isteri Lokman....

Gabungan gambar kami 

Cantikan...
kat rumah inilah kami bermalam....

Dalam bot

Rancak borak..

Lepas naik bot...sempat posing kat jeti bot...
   Habis je naik bot kami pi makan kat Umbai Ikan Bakar.....murah makan kat sana.....gambar belum ada lagi..nanti ada aku upload la ye...lepas makan kami terus ke rumah Mak Nani untuk bermalam..itulah rutin pada 5hb.....lepas tu zzzzz..terlampau penat beb...

Wednesday, November 3, 2010

Road To Final For Kelantan

RedsFC - Menulis..

Road To Final
Kelantan Red Warriors



RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Peringkat Kumpulan

Pusingan Pertama

Kelantan mln Negeri Sembilan.
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Perlawanan pertama dilalui Kelantan dengan kehadiran hampir 30 000 penyokong setia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu namun anak didik B. Sathianathan gagal dalam misi pertama mereka di gelanggang sendiri apabila tunduk tipis 0-1. Gol jaringan Mohd Rahman Zabul melalui sepakan penalti telah memusnahkan harapan skuad Kelantan untuk mengutip tiga mata pertama.

PKNS FC mln Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Selepas kecundang perlawanan pertama, Kelantan hadir ke ibu kota dengan tekad untuk menjulang tiga mata pertama. Misi mereka untuk mencatatkan kemenangan tidak diperoleh dengan mudah setelah kelab dari Selangor ini memaksa pemain Kelantan ke jalan buntu sehingga ke minit terakhir perlawanan. Hanya mampu menjaringkan satu gol hasil percubaan Akmal Rizal, Kelantan bernasib baik sebenarnya untuk pulang dengan mata penuh selepas Syed Adney muncul wira menepis sepakan penalti pada minit-minit akhir masa tambahan ketua pasukan PKNS, Mohd Fadhil Hashim.

Kelantan mln KL Plus
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Kejayaan mengutip tiga mata pertama di Kelana Jaya, pemain Kelantan membawa semangat tersebut untuk menewaskan KL Plus di laman sendiri. Tetapi kelalaian saat akhir pemain Kelantan termasuk mudah selesa dengan jaringan gol membawa padah apabila anak didik Jonas Krezka tampil cemerlang pada tiga minit terakhir untuk mengikat kedudukan. Mendahului 3-1 sebelum diikat 3-3 menimbulkan situasi sukar apabila peminat mulai berang dengan tahap persembahan yang dipamerkan menyebabkan timbul desas desus B. Sathianathan bakal meletakkan jawatan.

Pusingan Kedua

Negeri Sembilan mln Kelantan
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Perlawanan pertama selepas cuti rehat dua minggu memberi peluang buat barisan Kelantan mengumpul kembali semangat selepas dikritik hebat peminat fanatik. Persembahan hambar dari pusingan pertama dibawa ke Paroi dengan tujuan mencatatkan kemenangan. Malah, perlawanan ini juga menjadi titik tolak kepada penerimaan penyokong terhadap corak kejurulatihan B. Sathianathan. Namun, misi yang sepatutnya memberikan kejayaan hampir menyaksikan pemain Kijang terkulai lesu sebelum Akmal sekali lagi tampil membantu skuad untuk mencatatkan keputusan seri. Pemain Kelantan gagal mengambil ruang ketiadaan pemain pertahanan lawan yang dilayangkan kad merah selain ketinggalan 0-2 sebelum berjaya menghambat di pertengahan babak kedua untuk pulang dengan satu mata.

Kelantan mln PKNS FC
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Selepas menerima kritikan pedas dari penyokong sendiri, skuad Kelantan tampil gah apabila membelasah skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim dengan jaringan 4-0. Corak permainan Kelantan bermula dari awal minit pertama sehingga akhir masa begitu gagah dan cemerlang untuk memaksa impian kelab berpengkalan di Selangor itu untuk mencatatkan tiga mata terpaksa ditelan pahit. Kecermerlangan Kelantan menewaskan PKNS mula membuka mata pengkritik dan semua peminat bahawa corak permainan sebenar seperti yang ditunjukkan dalam saingan liga super mula diperolehi kembali para pemain.

KL Plus mln Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Perlawanan terakhir Kelantan di peringkat kumpulan memerlukan Sang Kijang memungut tiga mata penuh bagi mencerahkan peluang mereka ke suku akhir. Bagaikan mimpi, pemain Kelantan memberikan persembahan kemas untuk mengesahkan tempat Kelantan ke suku akhir apabila garang menewaskan Highway Warriors 4-0. Lebih 15 000 penyokong Kelantan membanjiri kawasan stadium bersorak girang menyaksikan perwira mereka membenam lawan habis-habisan seterusnya menempah slot di saingan kalah mati.

Suku Akhir

Selangor mln Kelantan
Stadium Shah Alam.

Pertembungan klasik dua pasukan paling berjaya di musim 2010 dijangka hangat dengan gelagat pemain dan penonton kedua-dua pasukan. Dan sememangnya jangkaan itu menjadi kenyataan apabila corak permainan keras diatas padang selain insiden pergaduhan di luar padang mengisi perlawanan suku akhir diantara skuad Merah Kuning dan Merah Putih. Keputusan seri 0-0 yang dicatatkan menimbulkan perasaan kurang senang sehingga berlakunya banyak kekecohan yang membawa kepada kematian, kecederaan buat penyokong kedua-dua pasukan. Insiden yang berlaku memadamkan aksi hebat yang dipamerkan kedua-dua pasukan diatas padang.

Kelantan mln Selangor
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Perlawanan timbal balik selang tiga hari selepas itu menjadi perhatian umum setelah pihak media menghangatkan kejadian kekecohan di Shah Alam sebagai berita utama mereka manakala FAM pula menambah dengan mengenakan denda RM65 000 kepada persatuan bola sepak Kelantan. Namun, insiden tersebut tidak menganggu tumpuan para pemain Kelantan untuk membenam juara 32 kali Piala Malaysia tersebut dengan jaringan 3-0. Gol jaringan cantik Norfarhan Mohamad dan Akmal Rizal sebelum dilengkapkan dengan penyudah tajam Mohd Badri Radzi membawa Kelantan ke peringkat empat terbaik. Satu malam yang hebat, malam untuk berpesta serta malam kemuncak bola sepak Sang Kijang buat sesetengah penonton kerana bagi mereka kejayaan yang diraih keatas Gergasi Merah memadamkan dendam 2 tahun tanpa kemenangan keatas skuad bimbingan K. Devan.

Separuh Akhir

Kedah mln Kelantan
Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pertembungan yang sangat dinantikan penyokong Kelantan kerana keinginan mereka  membalas dendam dengan kekalahan dalam perlawanan liga dan Piala FA. Kedah merupakan sebuah pasukan yang liat untuk Kelantan tewaskan malah rekod 2010 berpihak kepada pasukan Kenari. Perlawanan pertama di Alor Setar menyaksikan kedua-dua pasukan buntu untuk memecahkan tembok benteng masing-masing tetapi tekanan sebenarnya berpihak kepada tuan rumah kerana mereka memerlukan bekal untuk layak. Namun, anak buah Ahmad Yusof gagal langsung untuk mencari modal selesa selepas diikat Kelantan 0-0. Dalam perlawanan ini, penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan tinggi dengan menerima keputusan perlawanan tanpa ada insiden yang boleh membawa kepada pergaduhan.

Kelantan mln Kedah
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Pertembungan timbal balik menyaksikan pemain Kelantan buntu mencari satu gol seperti yang dimahukan. Sebaliknya Kedah pula menguasai babak perlawanan. Kelantan pula melepaskan semua peluang yang terhidang setelah pemain yang diturunkan gagal melaksanakan ruang yang diberikan kedalam jaring. Namun, pemain yang menerima kad merah pada pertemuan dengan Selangor di Shah Alam, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan status selaku penyerang paling berbisa di Malaysia apabila sepakan penjuru lencong dari sebelah kiri menewaskan sama sekali Helmi Eliza Elias untuk satu-satunya gol dalam perlawanan separuh akhir tersebut. Gol jaringan Sharul membawa Kelantan ke perlawanan akhir buat tahun kedua berturut-turut.

Perlawanan Akhir

Negeri Sembilan mln Kelantan
Stadium Bukit Jalil.

Perlawanan penentuan dua pasukan berstatus gergasi dalam dua tahun terakhir kebelakangan ini. Negeri Sembilan dengan rekod dua kejuaraan dalam lima bulan manakala Kelantan pula mencatatkan tiga perlawanan akhir dengan kedudukan naib johan. Perlawanan dimulakan dengan aksi laju kedua-dua pasukan untuk memburu gol awal dan hasilnya Sang Rusa mendapat sepakan penalti sebelum disempurnakan Sharuain Abu Samah untuk gol pertama perlawanan. Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan memiliki deretan peluang untuk menambah jaringan namun buntu. Sehinggalah separuh masa kedua, Hairudin Omar melompat tinggi menanduk masuk hantaran Norshahrul Idlan Talaha sebelum Badri Radzi dengan larian kencang menyudahkan hantaran Norfarhan Mohamad untuk gol kedua Kelantan. Dua gol dalam enam minit membunuh terus semangat pemain Negeri Sembilan menyebabkan beberapa serangan yang sepatutnya menghadiahkan gol penyamaan gagal diselesaikan kedalam jaring. Wisel panjang pengadil perlawanan selepas tambahan masa empat minit memisahkan kedua-dua pasukan untuk Kelantan mencatatkan kejuaraan pertama dalam sejarah 89 tahun manakala Negeri Sembilan hampa gagal mempertahankan kejuaraan yang dimiliki mereka tahun lalu.

Tuesday, November 2, 2010

SEMINAR DI LANGKAWI

Pada 27 hingga 29 Oktober 2010 yang lepas, jabatan aku telah mengadakan Seminar di Langkawi. Ada la sikit benda nak cerita. Pada 27 Okt jam 0800pagi kami mula2 bertolak dari pejabat dengan menaiki bas kementerian. Perjalanan dianggarkan memakan masa 6-8 jam. Kami dijangkan tiba di Jeti Kuala Perlis jam 4.00petang. Ada sebabnyer perjalanan memakan masa yang lama. Perancangan bas bagi perjalanan tersebut adalah bas baru tetapi bas lama (atau buruk ler) dapat. So terpaksa la gerak. Kekuatan staf seramai 16 orang termasuk pemandu. Huh...lama betul dalam bas tu. Bayangan kelajuan bas 90km/s. tak lebih dari tu kerana bas tak boleh lagu. So layan lah.................
        Perjalanan kami berhendi sekejap di Shell jalan duta untuk kerja2 pengisian minyak oleh pemandu bas. So perancangan kami berhenti di R&R Sg Perak untuk makan tengahari. Semasa di pam minyak staf2 dibenarkan utk turun beli apa2 yg patut....selepas itu perjalanan diteruskan.
       Pada jam 12tghari bas berhenti rehat di tempat yang dirancangkan iaitu di R&R Sg Perak. Masa 45 minit diberikan untuk makan tengahari. Pada jam 1ptg kami gerak menuju ke Jeti Kuala Perlis. Semasa di Lebuhraya Utara Selatan tu ada lah tengok kemalangan di jalan sebelah. kalau tak silap kereta Myvi. masa tu hujan.....teruk juga remuk keta tu. Pemandu Cina kalau tak silap. Mungkin keta tu tergelincir akibat jalan licin. So pada kawan2 hati bila memandu semasa hujan...."Malang Tak Berbau kan". nak Upload gambar tak ada.
       Perjalanan diteruskan.....exit ke tol Alor Star. Baru dapat tengok kampung. Cantik cakap luuu.....Permandangan sawah padi....hijau mata memandang, pokok telagi(ASAM JAWA) juga banyak kat tepi2 jalan. Teringat dulu masa pg langkawi dgn isteri sempat singgah panjat pokok tu makan buatnyer...Pada jam 3.45petang kami sampai di Jeti Kuala Perlis. Pg kuanter 6 ambik tiket n tunggu 4.30 utk naik feri.........................sampai Jeti Kuah jam 5.45petang dan terus ke de Baron Hotel......penat n terus rehat2 di Hotel.........
  

Tuesday, October 19, 2010

PUASA DAN RAYA



Serba sedikit gambar masa bulan puasa tahun ni. Adalah opis buat gather2 kat Restoran Nelayan. Ni gambarnyer...





Lain2 gambar tak ada, tak sempat nak snap. Nanti kawan yang pi sana bagi aku masukan. Satu tu je la gambar yang ada.....nanti dapat aku upload k.


Pada Hari Raya Aidilfitri 10 Sept 2010 yang lepas. Ada beberapa gambar family celebrate raya.



Twitter Bird Gadget