Huh...
Dulu balik kerja jam 530ptg...sekarang ni sejak wife dah kerja kat lawyer department terpaksa menunggu sehingga kul 6.00ptg. Tapi tak apa 'sabar tu separuh dari iman'. Lagi pun dapat jugak tambah pendapatan. Dalam menunguu-nunggu ni nak balik ni, adalah buka facebook. Tengaok bayak kawan add. Kita pa lagi add jugaklah.
Macam-macam kenangan bila jumpa geng-geng sekolah rendah dan menengah. Almaklumlah Sekolah kampung.
Ni satu gambar yang kawan-kawan post di laman facebook. Macam-macam dia orang ngutuk. Nak buat macam mana muka dulu, sekarang lain. Sekarang lagi hansem kan...hahahahahh
Ni satu gambar yang kawan-kawan post di laman facebook. Macam-macam dia orang ngutuk. Nak buat macam mana muka dulu, sekarang lain. Sekarang lagi hansem kan...hahahahahh
Masa ni sedang sekolah di Sek Keb kemahang 1, di Kelantan. Yang lelaki tu kira cam lagi laaa..tapi tang pompuan, habuk sorang pun tak kenal. Macam-macam mimik muka. Yang pakai tudung ada (Ustazah), yang tak pakai pun ada. Muka pun lain macam jee... Kawan-kawan jangan marah ye..
Itu baru kisah di sekolah rendah. Macam-macam gelagat. Ni pulak gambar masa sekolah rendah juga. Kelas 4Melor. Saya pun ada sekali, cuba cari la.
Tu gambar masa akhir tahun, semua posing untuk tunjukan siapa lawa dan siapa hensem. Aku yang pakai baju hitam dan muka tunduk bawah...hahahahha..masa tu tengah famous baju 'BOSS'. Bangga tu bapak belikan baju mahal, tu yang tunjuk kat atas poket..huhuhu. entah apa-apa masa tu. Mungkin kawanx pun ada kisah tersendiri disebalik gambar tu kan. Silakan..aku benarkan coretan-live kawan kat sini. Ia sebagai kenangan kita untuk anak cucu kan. Satu lagi masa ni semua slimx je. Sekarang tak tahu la kan. Sendiri mahu ingat. Kata nabil 'Lu pikiq la sendiri'.
Itu saja coretan aku hari ini. Nanti tunggu coretan seterusnya. Apa komen kawan-kawan terhapat posted aku ni? ok ke tak....kalau ok, bersemangat aku nak coretkan lagi esok. Kalau kurang, esok lebih baik lagi. terima kasih daun keladi, nanti buka lagi coretan-live ini.